Friday, July 13, 2012

Ahli-ahli Blog Sejarah

Wong Zhi Lynn 09035 (24)
Lim Shi Kei 09343 (15)
S4I/ 2012

Ciri-ciri Tamadun

     Kewujudan petempatan kekal merupakan salah satu ciri utama kemunculan tamadun. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik. Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap amat penting untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.Hasil inovasi manusia kemudiannya melahirkan kemajuan dalam pertanian,iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang. Contohnya ialah penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti sistem pengairan yang baik. Perkembangan ini telah meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengaluaran. Lebihan ini telah dapat menampung pertambahan jumlah penduduk disebabkan adanya bekalan makanan yang berterusan.
     Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada sebuah kehidupan berorganisasi yang merangkumi aspek sosial,ekonomi dan politik.Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.Pada peringkat awal,organisasi sosial atau masyarakat yang wujud adalah pada tahap yang paling ringkas,iaitu sistem keluarga. Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks. Sistem sosial atau sistem masyarakat tamadun awal selalunya berbentuk piramid dan bersusun lapis. Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang merajui pemerintahan yang diketuai oleh raja.Lapisan kedue ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan yang menguasai upacara dan hal ehwal agama, individu yang dihormati  oleh masyarakat seperti ketua keluarga ataupun ketua kelompak, kumpulan pentadbiran dan ilmuwan , serta kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam kesenian. Kemudian diikuti oleh golongan rakyat biasa yang merupakan jumlah yang paling ramai. Kumpulan ini merupakan tunjang kepada aktiviti ekonomi, terutamanya dalam bidang pertanian dan perdagangan. Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang kehidupannya bergantung pada lapisan-lapisan di atasnya.
     Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar sistem pemerintahan mula dibentuk untuk menjalankan pentadbiran. Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
     Pembentukan organisasi sosial dan politik membawa kepada pengkhususan pekerjaan dalam tamadun awal. Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting. Keadaan ini boleh menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik yang secara langsung akan membawa pula kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi. Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan tersebut. Ini kemudiannya akan menghasilkan pertukaran barangan yang juga dikenali sebagai sistem barter. Aktiviti ini merupakan titik permulaan bagi aktiviti ekonomi yang dikenali sebagai sistem perdagangan. Aktiviti pertukaran barang dan perdagangan membolehkan berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan,teknologi, dan budaya antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Kedinamikan aktiviti ekonomi sangat penting bukan sahaja dalam proses pertumbuhan dan perkembangan sesebuah tamadun tetapi juga hubungannya dengan tamadun luar.
     Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tamadun.Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian, dan pembinaan dlam proses pembentukan tamadun awal. proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia mencuba untuk mematuhi dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling. Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar sepertipokok, batu, matahari, dan laut depercayai mempunyai semangatdan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Manusia pada peringkat awal proses pembentukan tamadun percaya bahawa terhadap kuasa ghaib yang menguasai alam sekelilingnya . Kepercayaan ini dikenali sebagai animisme. Secara evolusi kepercayaan ini bertukar manjadi agama. Agama tamadun awal ini dikenali sebagai politeisme yang bermakna penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan.
    Penciptaan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkambangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan yang hasilnya dapat dilihat sehingga hari ini. Antara bahasa tertua termasuklah Yunani dan Sanskrit manakala contoh sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Bahasa dan tulisan memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain.Penghasilan sistem tulisan amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang, dan hal-hal keagamaan. Bahasa dan tulisan merupakan instrumen paling penting untuk menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea dan pemikiran manusia.
   Kesemua ciri tamadun yang dibincangkan di atas berkait rapat antara satu sama lain. Proses ini berkembang pesat di bandar. Oleh itu, kemunculan bandar-bandar memainkan peranan yang amat penting dalam proses perkembangan sesebuah tamadun. Bandar memainkan peranan penting sebagai pusat pentadbiran, pusat aktiviti ekonomi, pusat penyambahan dan ritual, pusat perkembangan ilmu pengetahuan, dan pusat pertemuan masyarakat. Secara umumnya, bandar merupakan sebuah manifestasi kepada penciptaan manusia yang mencerminkan tahap ketamadunan manusia.